Monday, 31 October 2011

kemalasan pemalas

yer..memang tajuk pun ku malas nak pikir, tapi lama dah ku tak menconteng kat sini sebab sekarang minggu study week minggu depan masuk perang saudara exam iaitu ujian..pening tak?? ku pun dan berpintal spinal chord sebab lama sangat tenung nota-nota ulangkaji..(tenung ja apa ku dapat)
rupa dalam otak aku selepas belajar - percaya tak??

hari ini aku sebenarnya nak update cerita dua tiga hari lepas yang pasti kelakar gila babi gampang setan najis cilake mangkuk hantu khinzir fak banyaknya..akan tetapi selepas ku buang tabiat untuk study awal untuk exam akan datang (tak seperti semester lepas, semuanya last minit..syukur lulus jugak)  semua benda yang aku nak cerita lesap macam taik kena flush dalam mangkuk tandas..kesian ku tak dapat nak cerita pasal kandungan taik tu..

minggu lepas aku buat siri penjelajarah borneo utara bermasa 9 ekor lagi masked rider yang semuanya hansem umpama jaharu kumpulan 24/7 yang tengah hangat-hangat tai ayam kat Malaysia..yang tak tau kumpulan 24/7 da baiknya korang tak pergi google dorang tu, sia-sia ja umpama taik di hujung bontot..

nak tau lebih lanjut aktiviti yang 9 ekor masked rider tu buat sepanjang pengembaraan ada kat link ni http://pzulzarien.blogspot.com/2011/10/mahua-waterfall-tambunan.html . dia ni pornography photography kita orang masa  tu..

owkay sudah masa untuk sambung study ku ni bukan genius sangat tak study boleh score..
gua cau dulu lepas exam gua mengarut lagi..

Sunday, 23 October 2011

setelah sekian lama

bosan tak tengok muka aku...

Setelah sekian lama aku membosan kan diri dan membisukan diri di rantau orang, aku telah mengikuti  satu program anjuran belia pemalas iaitu  program menelaah buku panduan talefon beramai-ramai untuk meratapi kehadiran peperiksaan akan datang. ok ku akui ni last minit punya study (lain macam ja bunyi peperiksaan yang aku duduki) 

Walaubagaimanapun program tersebut terpaksa diganti dengan program kumpul lemak badan sepanjang cuti kerana rakan-rakan yang lain telah menarik diri dari mengikuti acara ulang kaji meraton ini dan semuanya beralih pada program belajar berganti-ganti. yelah aku tak heran pun, memang menjadi tradisi sepanjang semester untuk aku ditinggalkan belajar sorang-sorang kat hostel ini maklumlah rumah jauh sangat kalau nak kira batu, jenuh tak cukup jari nak kira so tepaksa belajar soreang sorang kat asrama. (mahluk sakit otak ja pergi kira batu dalam perjalanan-maksud aku batu tepi jalan ya pandai).

Namun hamba sebagai punklima bimasakti telah melaksanakan beberapa perancangan awal untuk gagal dengan bergaya lulus dengan kerjaya di kampus ini..oleh hal demikian (cehwah) aku telah buat keputusan drastik untuk tidak membuka mana-mana buku lagi sepanjang cuti depavali ini bagi menghormati perayaan tersebut (apa kaitan perayaan tersebut dgn aku pun, aku tak pasti) kerana aku dah sangat-sangat bosan meratapi buku untuk ulangkaji pelajaran, kenapalah susah sangat nak study, ku tak rugi pun sebenarnya kalau membaca..hurm..

oleh kerana aku tak study pun lagi dek keterlanjuran menghabiskan hari minggu dan cuti-cuti yang diperuntukkan bersama-rakan taulan yang cukup bangang untuk membangangkan si bangang-bangang yang   bangang, -adus banyak nya bangang yang membaca pun terbangang tiba tiba- sebenarnya kawan ku tu tak lah bangang sangat dorang cuma berpenyakit macam aku homesick sebab tak dapat balik sempena cuti-faham faham lah masalah yang sama batu banyak sangat..aku telah menghabiskan cuti ni dengan dorang la..antara aktiviti kita orang semperna cuti termasuklah:
  1. tidur sepanjang hari dengan harapan bila aku bangun nanti ada bidadari yang akan menunggu untuk memandikan ku serta menyediakan makan pagi, tengah hari dan minum petang sekali gus. pekej makan dan tidur indahnya nikmat dunia.
  2. pergi ke ujana perdana park (korang tau apa tempat macam tu) untuk joging namun motif utama nak tengok awek-awek betis putis seluar pendek baju ketat berlari hehe..dengan gentelmen nya aku membiarkan si cewek untuk memotong ku ketika joging semata-mata untuk dijadikan motivasi ketika joging
  3. semasa naik lif beramai-ramai bersama rakan taulan nak ke grawball (yang tinggal kat KK lau tak tau tempat ni bek korang kawan dengan khinzir ja) kita orang telah berusaha behempas pulas dan memulas keringat untuk kentut seberapa banyak di dalam lif tersebut agar penumpang lif seterusnya dapat menikmati dan mengagumi hasil karya kita orang pada waktu itu. walaupun agak malu namum kepuasannya berbaloi apabila melihat muka penumpang tersebut haha.
  4. tengok wayang dengan kawan-kawan sambil tu pergi sakat orang depan dengan menyondol-nyondol kerusinya dengan kaki ku yang busuk..ah..nikmatnya pedajal orang awam..rakan-rakan aku pun ekot sama..bak kata pepatah rakan borek rakan juga rintik..ni la dikatakan suka duka bersama.
  5. semasa nak turun lif buat amal bakti lagi kat org awam, bila lif dah sampai tingkat yang ingin dituju iaitu ground floor terus cepat-cepat tekan semua tingkat yang ada kat bangunan tu (kalau ada 30 tingkat, 30 butang la ku tekan) , motif nya agar orang yang masuk seterusnya tak payah susah-susah nak tekan butang paras yang ingin dituju. hurm..baik kan aku dengan kawan-kawan aku.
  6. makan kat mekdi bersama bunga-bunga betina namun terjumpa pulak beberapa pensyarah so terpaksa berlakon buat-buat tak kenal dengan memegang watak sebagai si boduh buat perangai cam gampang sambil isap sos cili dalam peket supaya penyarah tu pulak buat-buat tak kenal dengan kita orang yang berperangai sakai.
  7. semasa nak meninggalkan mekdi aku secara sengaja termemalitkan sos cili kat kerusi tempat aku duduk atas dasar protes pada mamat tak bertanggungjawab yang makan depan aku (dah la baju senteng, spender tak lawa duduk pulak nampak celah punggung, nak ja ku humban burger quarter pounder ku, rakan-rakan ku pun dah setuju ku buat macam tu katanya praktis lempar jamrah bila ku buat haji nanti) haha...so mahluk yang seterusnya duduk kat kerusi yang aku duduk tadi sure sakit hati 2 kali ganda dari aku..dah la duduk dengan pandangan indah nian ditambah seluar dia kena sos cili haha..
  8. malam harinya ku dan rakan-rakan yang lain pi tenguk manchester  united lawan manchester city..pelawanan tu memang gempak gila gampang, dan paling gempak peminat MU  beransur keluar dari kedai mamak selepas kena kutuk dengan kita orang haha..dah lah kalah besar kena kutuk lagi, tak habis kat kedai mamak kutukan itu dibawa ke asrama dan facebook pula haha..apalah nasib..
  9. keesokkan harinya pula tak habis lagi peminat MU kena kutuk, tengah-tengah aku berus baju ku terdengar perbualan rakan aku yang tengah buat sidang media dalam tandas becerita tentang kekalahan MU. yang paling best da sorang mahluk ni pegi bukak cerita panas dengan  mengutuk MU, aku pun turut sama join mengutuk apabila aku terkutuk mahluk yang tengah mandi sambil buat sidang media tu haha..tak habis lagi dosa semalam yang berpanjangan.
  10. selepas dorang selesai mandi aku pun mintak maap la sambil mengucapkan happy depavali kat dorang, haha..paling ku tak tahan dorang bengang balik sebab sebab ku ucap happy depavali haha..maklumlah  ic melayu kulit macam afrika..tak sengaja kot ku tambahkan kutukan rasmi..
sebenarnya aku bosan ni sebab tu lah mengarut tah pa-pa kat sini..haha..walaubagaimanapun happy deepavali untuk semua..dan hari tu da benda lawak cam najis ku tak tahan nak gelak..balik dari mekdi nak ke parking lot ku jalan dgn kawan ku sambil masing masing makan aiskrem makdi, time nak sampai kat tempat kita orang parking tiba-tiba dia pergi sepak penghadang jalan terus jatuh (bangang kan penghadang jalan tu punya besar haha..) namun yang paling lawak aiskrem yang dia makan tercium kereta orang lain, tak pasal-pasal kotor kereta orang..ku pun apa lagi menehan azab gelak la..sebab dia pompuan lau laki dah lamak ku gelak guling-guling serupa tenggiling haha..dan dia terus sambung makan aiskrem tu..lawak kan dia tu haha..

sory ya K@S ku masukan cerita ko dan aiskrem dalam cerita kali ini

Sunday, 16 October 2011

Tip quiz 2011

wazzap!!!

okek malam ni merupakan malam-malam di antara malam-malam yang paling malam bagi ku..bangang punya malam, ku nak taip malang tadi..sory2..malam ini merupakan malam yang paling malang sebab aku sebagai seorang punklima  kena paksa, dipaksa dan terpaksa berjaga malam untuk menjaga keamanan gred peperiksaan  ku dgn kata lain aku kena study untuk quiz besok- punklima perang pun kena duduk periksa ka..fak this world..

sebagai tanda iri hati kepada sahabat ku yang lain yang tengah hangat study buat mencerahkan masa depan..(cerah lah sgt nanti sama sama jugak kita masuk kubur yang gelap kalau kurang amal..haha..bunyi mcm amalan ku byk sgt tau haha..) di sini aku nak motivasikan diri sendiri dengan beberapa tip berjaya dikalangan sahabat handai, oleh kerana ku tak pandai terpaksa aku mengarut untuk pandai, 5 cheek list tip aku untuk berjaya besok:-

pertama:
sebelum mengulang kaji ada baiknya anda curik segala nota yang rakan sekelas anda miliki, kemudian bawak lari belajar sorang sorang kat tanah perkuburan (korang nak belajar dgn tenang kan). jgn lupa mati kan telefon sebagai langkah berjaga jaga.

kedua:
belagak andalah tahu segalanya mengenai soalan quiz besok, dan tak payah belajar sepanjang malam sebaliknya buat sesi lawatan dari bilik ke bilik rakan rakan anda untuk tunjuk betapa belagaknya korang yang berilmu, pastikan rakan anda itu stress macam sebulan tak buang angin. sebab bila kawan anda kecundang dalam quiz tersebut maka taraf anda sama, jadi tak lah menjadi kerisauan ibu bapa korang yang hantar korang pergi menuntut ilmu kan..

ketiga
hebohkan soalan quiz bocor pada rakan-rakan anda, dan kongsi soalan bocor palsu itu bersama rakan rakan, dorang suka benda percuma kalau dikongsi, lebih lebih lagi lau benda jahat cam setan mulalah semua pun nak bertanduk, mana setan mana manusia pun ku tak tau nak bezakan lepas tu. kalau yang nerd nak jugak belajar buku bertan-tan banyaknya korang bagi ja koleksi lengkap lakonan maria ozawa lau pompuan korang bagi jer video clip k-pop sure dorang tak tidur besar mata melayan benda alah tu sampai pagi , lau tak berjaya jugak korang bunuh ja nerd takda kehidupan tu, buat semak tanah air ja, sebab dorang la ku tak berjaya dapat pointer tinggi.

keempat:
semasa masuk ke kelas menjerit kuat-kuat seperti anda baru dicium Diana Danielle, kemudian buat pengumuman memberi tahu berita gembira bahawa kelas hari ini terpaksa ditunda pada hari yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat di samping itu sampaikan berita bahawa quiz tak jadi dibatalkan oleh duli-duli yang mulia. pastikan anda mempunyai memo palsu dari pensyarah menundakan quiz tersebut sebagai bukti tak langsung (macam la tak biasa menciplak surat kerajaan, surat sakit dari sekolah menengah ko tandatangan sendiri, selamber badak ja jadi doktor untuk diri sendiri). akhir sekali suruh rakan sekelas berambus dari kelas, bila pensyarah datang cakap ja dorang overstudy sampai gila lupa nak turun ke kelas.

kelima:
bakar pusat pengajian ini dan salahkan api kemarahan yang ada pada pengarah pusat pengajian kerana tugas pengarah adalah mengarah dan marah...

Friday, 14 October 2011

oh dunia dan headline media


Situasi sebenar : Alkisah seorang nenek separuh abad, ke pasar untuk  membeli ubi, dalam pejalanan pulang tiba-tiba beliau dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

headline media:

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, penjual ubi dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek berdarah sunti  mati dengan ubi ajaib."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami mahukan hak ketuanan menjual ubi."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Facebook @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, bukti  semangat 1Malaysia diterima rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Remp-it Beca."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

lucu lah dunia masa kini..

Thursday, 13 October 2011

Neyzak you are cool!

holla! yoo guys n virgin only, i mean it virgin only haha..mode tak tentu lepas tengok kes buang bayi lagi hari ni..bangang! malam ni panklima nak kongsi sikit pasal bakat besar sebesar besar bakat yang berkat yang panklima nak tepek kat blog lego ni..
punklima memang suka lawat Nayzak deviantART ni sebab bakat anime yang beliau ada memang mantap  serta mampu menjadi medium dakwah kepada orang yang tak cukup kredit kehadiran kelas fardu ain time skolah rendah dulu..tu la eskep lagi! huh..
ini la antara karya karya Nayzak tu...
no.1
 no.2
 no.3
 no.4
 no.5
 no.6
 no.7
 no.8
no.9

ha..apa macam kan punklima dah cakap memang cute miut kan anime dia..hehe..
ni link untuk Nayzak deviantART :http://nayzak.deviantart.com/
selamat menonton dan selamat beramal...

Tuesday, 11 October 2011

oh! karutan pembukaan



okay ku nak menaip dari semalam lagi tapi tak tau nak cakap apa, idea ku ni datang dan pergi hilang tak kembali, lemak aku ni ja yang datang tak diundang dan tak pernah pergi..fak betul..

baiklah oleh kerana aku ada kuliah hari ini ku tak dapat nak carut panjang-panjang, kalau nak diikutkan nak ja tangan dan mulut ni mencarut sepanjang malam tapi sepanjang malam aku nak kena layan bini ku..mana boleh aku tinggalkan bini aku tidur sorang sorang..nanti ku cerita pasal bini aku..sebab hari ini aku nak merasmi blog yang tak seberapa ni..

ya..ya..aku tau memang tak seberapa, maklumlah bukan ilmiah sangat pun, kalau nak baca benda berinfomasi dan ilmiah aku sarankan korang baca ja Utusan Dacing, Berita BN atau Harian Prono dan tinggalkan usaha korang nak menelaah karya aku ni..karya ker????

ok..jangan tunggu lama lama..aku nak mandi nak ke kuliah untuk mengorat  pensyarah aku.. tp sebelum itu ehem-ehem, dengan ini saya panklima yang tak pandai bersilat ini merasmikan contengan pertama di dalam blog ini haha...macam budak-budak..ok jumpa lagi