Sunday, 16 October 2011

Tip quiz 2011

wazzap!!!

okek malam ni merupakan malam-malam di antara malam-malam yang paling malam bagi ku..bangang punya malam, ku nak taip malang tadi..sory2..malam ini merupakan malam yang paling malang sebab aku sebagai seorang punklima  kena paksa, dipaksa dan terpaksa berjaga malam untuk menjaga keamanan gred peperiksaan  ku dgn kata lain aku kena study untuk quiz besok- punklima perang pun kena duduk periksa ka..fak this world..

sebagai tanda iri hati kepada sahabat ku yang lain yang tengah hangat study buat mencerahkan masa depan..(cerah lah sgt nanti sama sama jugak kita masuk kubur yang gelap kalau kurang amal..haha..bunyi mcm amalan ku byk sgt tau haha..) di sini aku nak motivasikan diri sendiri dengan beberapa tip berjaya dikalangan sahabat handai, oleh kerana ku tak pandai terpaksa aku mengarut untuk pandai, 5 cheek list tip aku untuk berjaya besok:-

pertama:
sebelum mengulang kaji ada baiknya anda curik segala nota yang rakan sekelas anda miliki, kemudian bawak lari belajar sorang sorang kat tanah perkuburan (korang nak belajar dgn tenang kan). jgn lupa mati kan telefon sebagai langkah berjaga jaga.

kedua:
belagak andalah tahu segalanya mengenai soalan quiz besok, dan tak payah belajar sepanjang malam sebaliknya buat sesi lawatan dari bilik ke bilik rakan rakan anda untuk tunjuk betapa belagaknya korang yang berilmu, pastikan rakan anda itu stress macam sebulan tak buang angin. sebab bila kawan anda kecundang dalam quiz tersebut maka taraf anda sama, jadi tak lah menjadi kerisauan ibu bapa korang yang hantar korang pergi menuntut ilmu kan..

ketiga
hebohkan soalan quiz bocor pada rakan-rakan anda, dan kongsi soalan bocor palsu itu bersama rakan rakan, dorang suka benda percuma kalau dikongsi, lebih lebih lagi lau benda jahat cam setan mulalah semua pun nak bertanduk, mana setan mana manusia pun ku tak tau nak bezakan lepas tu. kalau yang nerd nak jugak belajar buku bertan-tan banyaknya korang bagi ja koleksi lengkap lakonan maria ozawa lau pompuan korang bagi jer video clip k-pop sure dorang tak tidur besar mata melayan benda alah tu sampai pagi , lau tak berjaya jugak korang bunuh ja nerd takda kehidupan tu, buat semak tanah air ja, sebab dorang la ku tak berjaya dapat pointer tinggi.

keempat:
semasa masuk ke kelas menjerit kuat-kuat seperti anda baru dicium Diana Danielle, kemudian buat pengumuman memberi tahu berita gembira bahawa kelas hari ini terpaksa ditunda pada hari yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat di samping itu sampaikan berita bahawa quiz tak jadi dibatalkan oleh duli-duli yang mulia. pastikan anda mempunyai memo palsu dari pensyarah menundakan quiz tersebut sebagai bukti tak langsung (macam la tak biasa menciplak surat kerajaan, surat sakit dari sekolah menengah ko tandatangan sendiri, selamber badak ja jadi doktor untuk diri sendiri). akhir sekali suruh rakan sekelas berambus dari kelas, bila pensyarah datang cakap ja dorang overstudy sampai gila lupa nak turun ke kelas.

kelima:
bakar pusat pengajian ini dan salahkan api kemarahan yang ada pada pengarah pusat pengajian kerana tugas pengarah adalah mengarah dan marah...

No comments:

Post a Comment