Friday, 14 October 2011

oh dunia dan headline media


Situasi sebenar : Alkisah seorang nenek separuh abad, ke pasar untuk  membeli ubi, dalam pejalanan pulang tiba-tiba beliau dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

headline media:

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, penjual ubi dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek berdarah sunti  mati dengan ubi ajaib."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami mahukan hak ketuanan menjual ubi."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Facebook @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, bukti  semangat 1Malaysia diterima rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Remp-it Beca."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

lucu lah dunia masa kini..

No comments:

Post a Comment