bosan tak tengok muka aku...
Setelah sekian lama aku membosan kan diri dan membisukan diri di rantau orang, aku telah mengikuti satu program anjuran belia pemalas iaitu program menelaah buku panduan talefon beramai-ramai untuk meratapi kehadiran peperiksaan akan datang. ok ku akui ni last minit punya study (lain macam ja bunyi peperiksaan yang aku duduki)
Walaubagaimanapun program tersebut terpaksa diganti dengan program kumpul lemak badan sepanjang cuti kerana rakan-rakan yang lain telah menarik diri dari mengikuti acara ulang kaji meraton ini dan semuanya beralih pada program belajar berganti-ganti. yelah aku tak heran pun, memang menjadi tradisi sepanjang semester untuk aku ditinggalkan belajar sorang-sorang kat hostel ini maklumlah rumah jauh sangat kalau nak kira batu, jenuh tak cukup jari nak kira so tepaksa belajar soreang sorang kat asrama. (mahluk sakit otak ja pergi kira batu dalam perjalanan-maksud aku batu tepi jalan ya pandai).
Namun hamba sebagai punklima bimasakti telah melaksanakan beberapa perancangan awal untuk gagal dengan bergaya lulus dengan kerjaya di kampus ini..oleh hal demikian (cehwah) aku telah buat keputusan drastik untuk tidak membuka mana-mana buku lagi sepanjang cuti depavali ini bagi menghormati perayaan tersebut (apa kaitan perayaan tersebut dgn aku pun, aku tak pasti) kerana aku dah sangat-sangat bosan meratapi buku untuk ulangkaji pelajaran, kenapalah susah sangat nak study, ku tak rugi pun sebenarnya kalau membaca..hurm..
oleh kerana aku tak study pun lagi dek keterlanjuran menghabiskan hari minggu dan cuti-cuti yang diperuntukkan bersama-rakan taulan yang cukup bangang untuk membangangkan si bangang-bangang yang bangang, -adus banyak nya bangang yang membaca pun terbangang tiba tiba- sebenarnya kawan ku tu tak lah bangang sangat dorang cuma berpenyakit macam aku homesick sebab tak dapat balik sempena cuti-faham faham lah masalah yang sama batu banyak sangat..aku telah menghabiskan cuti ni dengan dorang la..antara aktiviti kita orang semperna cuti termasuklah:
- tidur sepanjang hari dengan harapan bila aku bangun nanti ada bidadari yang akan menunggu untuk memandikan ku serta menyediakan makan pagi, tengah hari dan minum petang sekali gus. pekej makan dan tidur indahnya nikmat dunia.
- pergi ke ujana perdana park (korang tau apa tempat macam tu) untuk joging namun motif utama nak tengok awek-awek betis putis seluar pendek baju ketat berlari hehe..dengan gentelmen nya aku membiarkan si cewek untuk memotong ku ketika joging semata-mata untuk dijadikan motivasi ketika joging
- semasa naik lif beramai-ramai bersama rakan taulan nak ke grawball (yang tinggal kat KK lau tak tau tempat ni bek korang kawan dengan khinzir ja) kita orang telah berusaha behempas pulas dan memulas keringat untuk kentut seberapa banyak di dalam lif tersebut agar penumpang lif seterusnya dapat menikmati dan mengagumi hasil karya kita orang pada waktu itu. walaupun agak malu namum kepuasannya berbaloi apabila melihat muka penumpang tersebut haha.
- tengok wayang dengan kawan-kawan sambil tu pergi sakat orang depan dengan menyondol-nyondol kerusinya dengan kaki ku yang busuk..ah..nikmatnya pedajal orang awam..rakan-rakan aku pun ekot sama..bak kata pepatah rakan borek rakan juga rintik..ni la dikatakan suka duka bersama.
- semasa nak turun lif buat amal bakti lagi kat org awam, bila lif dah sampai tingkat yang ingin dituju iaitu ground floor terus cepat-cepat tekan semua tingkat yang ada kat bangunan tu (kalau ada 30 tingkat, 30 butang la ku tekan) , motif nya agar orang yang masuk seterusnya tak payah susah-susah nak tekan butang paras yang ingin dituju. hurm..baik kan aku dengan kawan-kawan aku.
- makan kat mekdi bersama bunga-bunga betina namun terjumpa pulak beberapa pensyarah so terpaksa berlakon buat-buat tak kenal dengan memegang watak sebagai si boduh buat perangai cam gampang sambil isap sos cili dalam peket supaya penyarah tu pulak buat-buat tak kenal dengan kita orang yang berperangai sakai.
- semasa nak meninggalkan mekdi aku secara sengaja termemalitkan sos cili kat kerusi tempat aku duduk atas dasar protes pada mamat tak bertanggungjawab yang makan depan aku (dah la baju senteng, spender tak lawa duduk pulak nampak celah punggung, nak ja ku humban burger quarter pounder ku, rakan-rakan ku pun dah setuju ku buat macam tu katanya praktis lempar jamrah bila ku buat haji nanti) haha...so mahluk yang seterusnya duduk kat kerusi yang aku duduk tadi sure sakit hati 2 kali ganda dari aku..dah la duduk dengan pandangan indah nian ditambah seluar dia kena sos cili haha..
- malam harinya ku dan rakan-rakan yang lain pi tenguk manchester united lawan manchester city..pelawanan tu memang gempak gila gampang, dan paling gempak peminat MU beransur keluar dari kedai mamak selepas kena kutuk dengan kita orang haha..dah lah kalah besar kena kutuk lagi, tak habis kat kedai mamak kutukan itu dibawa ke asrama dan facebook pula haha..apalah nasib..
- keesokkan harinya pula tak habis lagi peminat MU kena kutuk, tengah-tengah aku berus baju ku terdengar perbualan rakan aku yang tengah buat sidang media dalam tandas becerita tentang kekalahan MU. yang paling best da sorang mahluk ni pegi bukak cerita panas dengan mengutuk MU, aku pun turut sama join mengutuk apabila aku terkutuk mahluk yang tengah mandi sambil buat sidang media tu haha..tak habis lagi dosa semalam yang berpanjangan.
- selepas dorang selesai mandi aku pun mintak maap la sambil mengucapkan happy depavali kat dorang, haha..paling ku tak tahan dorang bengang balik sebab sebab ku ucap happy depavali haha..maklumlah ic melayu kulit macam afrika..tak sengaja kot ku tambahkan kutukan rasmi..
sebenarnya aku bosan ni sebab tu lah mengarut tah pa-pa kat sini..haha..walaubagaimanapun happy deepavali untuk semua..dan hari tu da benda lawak cam najis ku tak tahan nak gelak..balik dari mekdi nak ke parking lot ku jalan dgn kawan ku sambil masing masing makan aiskrem makdi, time nak sampai kat tempat kita orang parking tiba-tiba dia pergi sepak penghadang jalan terus jatuh (bangang kan penghadang jalan tu punya besar haha..) namun yang paling lawak aiskrem yang dia makan tercium kereta orang lain, tak pasal-pasal kotor kereta orang..ku pun apa lagi menehan azab gelak la..sebab dia pompuan lau laki dah lamak ku gelak guling-guling serupa tenggiling haha..dan dia terus sambung makan aiskrem tu..lawak kan dia tu haha..
sory ya K@S ku masukan cerita ko dan aiskrem dalam cerita kali ini

No comments:
Post a Comment